Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 1, 2010

Tribute to P.Ramlee.

Salam Barakallah,,

Dimana Kanku Cari Ganti
by P.Ramlee

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma

Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Bagi yang peminat P.Ramlee tu mesti penah dengar lagu nie kan? sangat menyentuh jiwa,, P.ramlee,, xkan ade pengganti yang boleh menggantikan dirinya. suara unik milik anak kelahiran Pulau Pinang ini memang menyentuh kalbu. siapa sangka seniman agung inilah yang berjaya menaikkan martabat seni lakonan Malaysia di mata luar negara. Alangkah indahnya jika wujud orang seperti beliau. Mementingkan kualiti. Setiap drama/filem lakonan beliau sememangnya dibawa dengan baik skali.
Menghasilkan 360 buah lagu dan berlakon sebanyak 66 buah movie,, bukanlah satu pekara yang biasa. bagi yang meminati P.Ramlee ( macam mak,abg ipar,saya serta teman terchenta),, setiap lakonannye tidak pernah membosankan. ada yang sedih seperti Ibu Mertuaku dan ada yang komedi seperti Pendekar Bujang Lapuk. Movie/drama tersebut masih dimainkan sehingga ke hari ini,, bahkan tidak pernah bosan menontonnya. Indah sungguh hasil karya P.Ramlee. Hinggakan kisah hidupnya turut keluar di Channel Antarabangsa,, iaitu History Channel. Indahnya lakonan beliau,, lunaknya suara P.Ramlee mendendangkan lagu Jangan Tinggal Daku.

P.Ramlee,, Idolaku.


xoxo =]




No comments:

Post a Comment