Link Exchange disini

Monday, May 30, 2011

Puma n Adidas adik beradik?!

Salam Barakallah.
  • Tengok tajuk entry macam gempak gile kan? hahaha,, okay,, memang gempak la siket bagi aku yang tak taw adidas and puma nie adik beradik darah,, huahuahua,
  • okay,, info nie ak ter-terjah masa dok baca info tentang Arthur, okay,, aku malas nak cite pasal Arthur, kalo rajin sila check balik entry yg lepas tentang Arthur ini okay. Okay,, cik kinah memang suke sangat bubbling kan? so jum kiter terjah! ;)
Adidas, adalah jenama yang tidak asing lagi dengan kita. Dari topi sampailah ke kasut, bleh la di katakan Adidas tergolong antara 3 pilihan utama pembeli. Begitu juga dengan satu lagi jenama,Puma. Tetapi pernah ke kita terdengar atau tahu akan asal usul produk barangan sukan ini? Malah jika dilihatkan dari fakta sejarah,Adidas dan Puma juga adalah adik beradik.
Adolf "Adi" Dassler dilahirkan pada 3 November 1900 di bahagian Herzogenaurach, Bavaria, Jerman adalah individu yang bertanggungjawab mencipta jenama Adidas. Dilatih sebagai seorang penjahit kasut, Adolf Dassler memulakan usaha untuk mengeluarkan kasut sukan buatan sendiri selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Pada waktu itu percaya atau tidak dapur ibunya adalah tempat untuk dia membuat kasut. Mewarisi bakat daripada bapanya, Christoph, seorang pembuat kasut di sebuah kilang kasut serta di bantu oleh adik beradik Zehlin, pencipta kasut spike buatan tangan, Dassler telah memulakan penubuhan perniagaannya sendiri.
Pada 1924, abang Adolf, Rudolf telah menyertai perniagaannya yang kemudian dikenali sebagaiKilang Kasut Adik Beradik Dassler (Dassler Brothers Shoe Factory). Di Sukan Olimpik 1928, Dassler telah menjadi pembekal kepada beberapa atlit dalam usaha untuk membesarkan perniagaannya di peringkat antarabangsa. Pada Sukan Olimpik 1936 di Berlin, Dessler telah membekalkan kasut untuk atlit trek Amerika Syarikat,Jesse Owen yang seterusnya telah memenangi 4 pingat emas.
Dengan kebangkitan Hitler pada era tahun 1930-an, kedua-dua adik beradik Dessler telah menyertai Parti Nazi. Fahaman Politik dan Perang Dunia Kedua, telah menyebabkan perbezaan pendapat kepada kedua-dua beradik ini. Rudolf telah di tangkap akibat fahaman Nazi serta penglibatannya di dalam kumpulan SS dalam Parti Nazi. Dipercayai Adolf adalah dalang utama penangkapan itu. Menjelang tahun 1948, persengketaan antara 2 beradik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila Rudolf telah meninggalkan perniagaan kasut bersama Adolf dan menubuhkan perniagaan kasut baru di bawah jenama Puma manakala Adolf telah menamakan perniagaan kasutnya di bawah jenama Adidas sempena namanya sendiri (Adi-Dassler). Bagaimana si abang menemui jenama Puma tidak diketahui tetapi di percayai Puma pada asalnya dikenali sebagai Puda hasil gabungan antara RU-dolf DA-ssler.
Dikatakan pada temasya Piala Dunia 1954, di Switzerland Jerman pada ketika itu dikenali Jerman Barat telah memenangi perlawanan akhir dengan Hungary 3-2 hasil daripada kasut spike (stut besi) buatan Adolf Dassler yang ketika itu kali pertama diperkenalkan kepada dunia bolasepak.
Di Malaysia mungkin Adidas lebih menonjol berbanding Puma tapi hakikatnya dari segi populariti secara globalnya bolehlah dikatakan "photo-finishing".
Pada 1973, anak Adolf, Horst Dassler merupakan pengasas Arena, jenama sukan dan alatan renang. Adolf "Adi" Dassler meninggal dunia pada 1978 dan perniagaannya diteruskan oleh isterinya, Käthe sehingga di jadikan Syarikat Sdn Bhd (hehehehe) pada 1989

  • haaaaa,,, aku memang pemalas, so aku copy jer dari web yg aku jumpe info nie,, btw link aku ade add sbgai info dimana aku copy,, tapi aku still ingat pada info mana aku copy, (merepek ape nie?)
  • so? macam excited je kan ble taw, lagi excited bile Datok Hakimi pon tak taw hal ini, wahhh,, kembang kempis dadaku (eh silap!) kembang kempis lubang hidong aku cite kat Dato',, hahahahaha.

Xoxo ^_^



30 Day Challenge

Salam Barakallah.
  • okay,, harini,, aku nak challenge myself to answer those 30 ques, means 1 question for a day la,, so,, cam best, aku tgk blogger-blogger len dok jawab,, so,, aku pon nak cuba gak. so,, let see the question okay,,
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Your favorite song.
  • so,, start from tomorrow,, aku cuba jawab soklan-soklan nie,, hehe,, saje-saje nak bg idea untuk post new entry,, kinda fun kan? ;)

Xoxo ;)




idiot tokey kedai.

Salam Barakallah.
  • Holaaa,, okay,, kenapa tajuk macamtuh? hooo,, okay,, tadi aku pegi lah kampar kejap just nak amik gambar memandangkan ari rabu nie aku kan nak intebiu ngan SPA perak, hoooo,, wish me luck yaw,, Amin. okay, back to the main topic, kiranya aku nak amik gambar kat malim nawar jer tapi tiba-tiba kedai gambar tuh wat suprise plak,, bole plak KAMI SEDANG BERCUTI. wah wah wah,, nak bercuti bagai, lama plak tuh, 1o days i guess, wahh,, mlt xabes2 sumpah seranah kedai 2, wah, wtf nak g cuti-cuti lak,, time2 aku urgent la kau nak cuti kan? damn,, (padahal sukati die la nak tutp kan?) tapi aku geram sgt. okay,, that story number one.
  • okay,, alkisahnya aku nie memang lazy tahap dewa apa pun ak tak tawlah kan, tapi aku memang pemalas sgt. maksud aku pemalas tuh ialah untuk buat kerje remeh3 macam g fotostat sijil, g amik cop pengesahan. padahal mende2 yg aku malas tu la yg the most important,, walaupon aku super duper excited nak intebiu la katekan, tapi malas mmg gila babeng lah! ehh,,, wtf aku merepek nie? salah story plak,
  • okay, back to the main story okey,, enough with bubbling, nak jadi cerita, aku pon pegi la kampar, nak amik gambar katekan. haha, then sampai je, aku cam blur, awatla aku jadi mcm xtaw nak amik gambar kat mana, gile kan? okay,, aku mmg gila sebab aku jadi xtaw nak amik gambar katna,, padahal kedai gambar yg aku salu amik just infront of my eyes, tapi ape kes aku g masuk kedai gambar apek tua, aduhhhh,, bole konfident gile cakap nak amik gmbr,, then menonong je aku masuk kat bilik amik gmbar tuh, and, say cheese.! wahhh,, padahal aku dah taw kedai tuh gile slow buat keje,, gambar passport yg bole siap 15 minutes pon dye siapkan sampai half day, wah,, kematu buntot ak tunggu. then,, aku dah siap2 pi jalan2 tengok baju kebaya, gi shopping kat Guardian(wah,, mang abes wet aku dalam nie je), dah transfer wet ptptn agar aku tak tersentuh wet yuran, tapi apek tuh still xsiap-siapkan lagi gambar aku,, wah,, he said 4.30 pm come back, then im rushing like a hell sbb takot lmbat n mls nk balik lambt, so im afraid i might miss the bus, then,, apek 2 boleh just smile, and said " amoi,, tak siap lagi la, boleh tunggu setengah jam lagi tak?" wahhhh,, im so mad. menyesal tak terkata lah. what can i say,, that your own fault, yg ko jadi blur apehal cik kinah?
  • so,, moral of the story, janganlah jadi blur okay cik kinah? ;)

xoxo ;)




Sunday, May 29, 2011

Salam Barakallah.
  • Harini aku nak share kat korang satu lagu nie, okay, mungkin lagu nie da lama and mesti dah ada orang yang mmg dah taw pasal lagu nie,, okay,, xmau merepek lama-lama, jum dengaq! ;)



Wahai.. Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan.. baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cinta-Mu

Reff :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah slama ini, ya ilahi…
Muhasabah cintaku…

Tuhan.. kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

  • sedih kan? Sebenarnya lagu nie memang dah berjaya menyentuh hati aku dan serba sikit memusahabah kan diri aku nie. mungkin korang yang kat luar tak pernah rasa sakit kan? bagi aku yang pnh rasa sakit, ujian dari Allah sememangnya banyak merubah diri aku. Allah maha adil,, diturunkan sakit pada hamba-Nya supaya hamba-Nya ingat akan-Nya. ingat akan sayangnya Allah pada umat-Nya. Pernahkan kita sedar akan itu? Tanya dada, jawablah sendiri.

Xoxo Y_Y




Salam Barakallah.
  • hi,,sape kate Pele pemain paling banyak menjaringkan gol? hahaha,, okay,, aku dapat taw hal nie pon dari History Channel, okay,, aku ngakulah channel 2 favorite a, pasal pa? pasal semua info kat dalam channel tuh, maksud ak dari channel astro 555 sampailah channel 550 adalah channel favorite aku selain channel 701 sampai channel 713. okay,, dah dah merepek,,aku nak cita pasai hero ataw lebih kenal ngan gelaran King of Football nie.
  • okay,, sebenarnya gelaran King Of Football ini adalah gelaran yang diberi kepada Arthur Friedenreich , okay,, dia nie dilahirkan pada 18 July 1892 di Sao Paulo. Beliau adalah pemain bolasepak berkulit hitam pertama yang berjaya memecahkan pementasan bolasepak Brazil yang berkulit putih. Okay, dari sejarah bolasepak pon kita dah taw yang orang Inggeris yang memperkenalkan permainan bolasepak yang menjadi kegilaan orang ramai, okay,, bukan orang ramai la, ak rasa makhluk yang bernama manusia kat mukabumi nie.
  • Berbalik pada kisah Arthur si King Bolasepak, beliau adalah pemain berkulit hitam yang pertama yang mendapat gelaran 'The Tiger' dan 'Superstar'. Sedikit bibliografi berkenaan dengan Arthur untuk tatapan kita bersama,
Biografi : Arthur Friedenreich merupakan anak kepada seorang usahawan daripada Jerman yang berhijrah ke Brazil dan ibunya adalah seorang pencuci yang berketurunan Afrika berhijrah ke Brazil setelah dibebaskan. Patut nama pun macam nama Jerman. Friedenreich juga adalah pemain profesional berkulit hitam pertama di Brazil kerana pada waktu itu isu warna kulit telah menguasai seluruh benua Amerika malah bolasepak juga adalah untuk warga kulit putih sahaja. Banyak halangan terpaksa di lalui akibat daripada isu warna kulit dan perkauman.
Mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pemain sebuah kelab Brazil, SC Germania, yang disertai oleh penghijrah-penghijrah daripada Jerman, Arthur memulakan karier bolasepaknya bersama kelab Sao Paolo dalam era 1910-an. Pada 1914, Arthur beraksi buat kali pertama untuk skuad kebangsaan Brazil pada kejohanan Copa America pada tahun 1919 dan juga edisi 1922 serta telah menjaringkan 10 gol. Ketika siri Jelajah Eropah pasukan Brazil pada 1925, Arthur telah dikenali sebagai King of Football. Arthur juga telah berjaya meraih rekod jaringan terbanyak tetapi FIFA tidak dapat mengesahkan fakta ini kerana masalah pengesahan rekod. Disebabkan perselisihan di antara Persatuan Bolasepak Rio de Janeiro dan Sao Paulo, Arthur terlepas aksi Piala Dunia edisi 1930 di Uruguay. Hanya pemain yang bermain untuk Persatuan Bolasepak Rio de Jeneiro sahaja yang dapat mewakili Brazil pada ketika itu.
Kehebatan Arthur dalam liga domestik tidak dapat dinafikan lagi, menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak 9 kali. Pencapaian terbaik domestiknya adalah ketika mewakili kelab Athletico Paulistano dalam Liga Paulista dengan 33 jaringan. Friedenreich bersara daripada arena bolasepak ketika mewakili Flamengo pada 1935 semasa berumur 43 tahun. Meninggal dunia pada 6 September 1969, Arthur Friedenreich telah bermain lebih daripada 1200 perlawanan antarabangsa dan domestik serta di katakan telah menjaringkan lebih daripada 1200 gol. Namun terdapat laporan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1329 gol dalam 1239 perlawanan tetapi disangkal oleh peminat-peminat Pele mengatakan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1239 gol dalam 1329 perlawanan. Tiada rekod sahih untuk jumlah sebenar berapa gol yang Arthur jaringkan. Oleh itu, berapakah pemain yang kita ketahui telah menjaringkan lebih daripada 1000 gol sepanjang karier mereka? Sebab itulah Arthur Friedenreich merupakan pemain bolasepak pertama digelar KING OF FOOTBALL.

  • haaa,, apa pendapat korang tentang dya nie? so sekarang aku pon dah taw, korang pon dah taw, jadi selain dari pele, ada yang lg teror dan terbaik dari dya,, iaitu Arthur Friedenreich.

xoxo ;)




Sunday, May 22, 2011

Arsenal 2 - 2 Fulham


Salam Barakallah
  • okay,, tengok tajuk kat atas pon dah taw kan arsenal seri smlm,, its a dissapointed finish for Arsenal, Wenger mengaku yang pengakhiran untuk sesason kali ini agak mengecewakan. Hasil gola dari Robin van Persie and Theo Walcott semalam dapat mengelakkan arsenal kalah dengan Fulham dengan keputusan seri 2 sama. ini bermaksud Arsenal tetap dengan tangga ke empat bagi liga inggeris kali ini dibawah mancity. ini cukup untuk membawa arsenal untuk memasuki qualifying round for champion league.
  • sedikit kecewa kerana pada minggu-minggu awal EPL arsenal berada di tangga teratas dan mungkin boleh memenangi piala pada musim ini namun ia adalah sangat mengecewakan apabila arsenal seri pada malam nie dan tidak mampu mendapat tangga teratas dan hanya mendapat tangga ke empat selepas MU, Chelsea dan Mancity.
  • kekecewaan yang terjadi mmberi sedikit impak moral kepada pemain-pemain Arsenal,, "kami telalu kecewa dan memikirkan team kami adalah tidak sehebat team lain" kata wenger. "walaupon orang kata kami sepatutnya mengeluarkan wang untuk membeli pemain, namun kami tidak mampu untuk membeli pemain bernilai 50juta pound. dan ia adalah fakta." kata wenger lagi. "Harga pada pemain tidak menjanjikan pemain yang berkualiti." katanya lagi.
  • info: http://www.soccerway.com/news/2011/May/22/disappointing-finish-for-arsenal/

xoxo ;)




Arsenal again!

Salam Barakallah.
  • okay,, korang sume kan taw yang ak dan encik hakimi mmglah big fan Arsenal,, so memandgkan malam ini adalh malam penutup tirai bagi EPL bagi musim 2010/2011, so its means mlm nie last game bagi arsenal,,includes all the epl team lah sng kate, so,, game between Arsenal vs Fulham,, okay,, aku mang tak harap sangatlah kemenangan Arsenal pada mlm ini memandangkan season nie arsenal sedikit down dari segi leadership,, dari segi defend,, okay, game arsenal sudah cukup cantik,, everytime aku dapat highlight dari maxis about their game,, arsenal always lead the game,, mayb defend yang sedikit down myebabkan arsenal slalu kalah. okay,, mungkin jugak krisis pemain myebabkan kekalahan bagi arsenal pada musim ini. waaah,, aku dah macam juruhebah berita sukan plak kan? hahaha.
  • okay,, habislah musim epl,, masuk pulak musim jualbeli pemain, wah wah,, saat-saat dinantikan oleh encik hakimi,, haha. okay,, mmg syok pon tgk jualbeli nie,, macam tengok jualbeli ikan kat pasar,, haha.
  • so,, malam nie, last game for this season, Arsenal vs Fulham,, jum review their game,
headtohead
04-12-10 ARS 2 - FUL 1
09-05-10 ARS 4 - FUL 0
26-09-09 FUL 0 - ARS 1
28-02-09 ARS 0 - FUL 0
23-08-08 FUL 1 - ARS 0
  • Okay,, harap-harap malam nie ars play the best oaky,, try beat mancity,, dapat tangga no 3 po jadik la. its just enough for arsenal untuk bermain bagi FA cup next season. ;)

xoxo ^_^Y




Friday, May 20, 2011

Robin Van Persie.

Salam Barakallah
  • okay,, aku memang peminat tegar arsenal tapi xreti nak bagi komen tentang permainan arsenal. sengal kan? hahaha. Lainla encik Hakimi,, sememangnya pakar malah profesor dlm bidang bola nie,, (okay, sekarang sedang solute dye). then xsemena-mena nak mencari info tentang kebenaran kedatangan arsenal ke Malaysia Tanah Tumpah Darahku nie kan,, ak terjumpa blog nie,, okay,, blog nie memang gojes,, walaupon mcm simple tapi beliau sangat pandai menarik minat aku sebab ia seperti Blogger+tumblr. Why? sebab simple gile,! owkay,, Syakinah mmg suke benda simple, hahaha. okay,, sini aku ade printscreen beberapa slot yg aku suke, ;)





sile sille lah bukak blog encik nie,, memang bestlah!

  • Im proud of you Robin Van Persie,,! top ten player for arsenal since 2004-2011 for 94 goals are just amazing,! wish you could be the top 5 for the best world player,,(however,, messi stil no 1) hehehehe. ;)

xoxo ;)