Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info Syakinah. Show all posts
Showing posts with label Info Syakinah. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Puma n Adidas adik beradik?!

Salam Barakallah.
  • Tengok tajuk entry macam gempak gile kan? hahaha,, okay,, memang gempak la siket bagi aku yang tak taw adidas and puma nie adik beradik darah,, huahuahua,
  • okay,, info nie ak ter-terjah masa dok baca info tentang Arthur, okay,, aku malas nak cite pasal Arthur, kalo rajin sila check balik entry yg lepas tentang Arthur ini okay. Okay,, cik kinah memang suke sangat bubbling kan? so jum kiter terjah! ;)
Adidas, adalah jenama yang tidak asing lagi dengan kita. Dari topi sampailah ke kasut, bleh la di katakan Adidas tergolong antara 3 pilihan utama pembeli. Begitu juga dengan satu lagi jenama,Puma. Tetapi pernah ke kita terdengar atau tahu akan asal usul produk barangan sukan ini? Malah jika dilihatkan dari fakta sejarah,Adidas dan Puma juga adalah adik beradik.
Adolf "Adi" Dassler dilahirkan pada 3 November 1900 di bahagian Herzogenaurach, Bavaria, Jerman adalah individu yang bertanggungjawab mencipta jenama Adidas. Dilatih sebagai seorang penjahit kasut, Adolf Dassler memulakan usaha untuk mengeluarkan kasut sukan buatan sendiri selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Pada waktu itu percaya atau tidak dapur ibunya adalah tempat untuk dia membuat kasut. Mewarisi bakat daripada bapanya, Christoph, seorang pembuat kasut di sebuah kilang kasut serta di bantu oleh adik beradik Zehlin, pencipta kasut spike buatan tangan, Dassler telah memulakan penubuhan perniagaannya sendiri.
Pada 1924, abang Adolf, Rudolf telah menyertai perniagaannya yang kemudian dikenali sebagaiKilang Kasut Adik Beradik Dassler (Dassler Brothers Shoe Factory). Di Sukan Olimpik 1928, Dassler telah menjadi pembekal kepada beberapa atlit dalam usaha untuk membesarkan perniagaannya di peringkat antarabangsa. Pada Sukan Olimpik 1936 di Berlin, Dessler telah membekalkan kasut untuk atlit trek Amerika Syarikat,Jesse Owen yang seterusnya telah memenangi 4 pingat emas.
Dengan kebangkitan Hitler pada era tahun 1930-an, kedua-dua adik beradik Dessler telah menyertai Parti Nazi. Fahaman Politik dan Perang Dunia Kedua, telah menyebabkan perbezaan pendapat kepada kedua-dua beradik ini. Rudolf telah di tangkap akibat fahaman Nazi serta penglibatannya di dalam kumpulan SS dalam Parti Nazi. Dipercayai Adolf adalah dalang utama penangkapan itu. Menjelang tahun 1948, persengketaan antara 2 beradik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila Rudolf telah meninggalkan perniagaan kasut bersama Adolf dan menubuhkan perniagaan kasut baru di bawah jenama Puma manakala Adolf telah menamakan perniagaan kasutnya di bawah jenama Adidas sempena namanya sendiri (Adi-Dassler). Bagaimana si abang menemui jenama Puma tidak diketahui tetapi di percayai Puma pada asalnya dikenali sebagai Puda hasil gabungan antara RU-dolf DA-ssler.
Dikatakan pada temasya Piala Dunia 1954, di Switzerland Jerman pada ketika itu dikenali Jerman Barat telah memenangi perlawanan akhir dengan Hungary 3-2 hasil daripada kasut spike (stut besi) buatan Adolf Dassler yang ketika itu kali pertama diperkenalkan kepada dunia bolasepak.
Di Malaysia mungkin Adidas lebih menonjol berbanding Puma tapi hakikatnya dari segi populariti secara globalnya bolehlah dikatakan "photo-finishing".
Pada 1973, anak Adolf, Horst Dassler merupakan pengasas Arena, jenama sukan dan alatan renang. Adolf "Adi" Dassler meninggal dunia pada 1978 dan perniagaannya diteruskan oleh isterinya, Käthe sehingga di jadikan Syarikat Sdn Bhd (hehehehe) pada 1989

  • haaaaa,,, aku memang pemalas, so aku copy jer dari web yg aku jumpe info nie,, btw link aku ade add sbgai info dimana aku copy,, tapi aku still ingat pada info mana aku copy, (merepek ape nie?)
  • so? macam excited je kan ble taw, lagi excited bile Datok Hakimi pon tak taw hal ini, wahhh,, kembang kempis dadaku (eh silap!) kembang kempis lubang hidong aku cite kat Dato',, hahahahaha.

Xoxo ^_^



Sunday, May 29, 2011

Salam Barakallah.
  • hi,,sape kate Pele pemain paling banyak menjaringkan gol? hahaha,, okay,, aku dapat taw hal nie pon dari History Channel, okay,, aku ngakulah channel 2 favorite a, pasal pa? pasal semua info kat dalam channel tuh, maksud ak dari channel astro 555 sampailah channel 550 adalah channel favorite aku selain channel 701 sampai channel 713. okay,, dah dah merepek,,aku nak cita pasai hero ataw lebih kenal ngan gelaran King of Football nie.
  • okay,, sebenarnya gelaran King Of Football ini adalah gelaran yang diberi kepada Arthur Friedenreich , okay,, dia nie dilahirkan pada 18 July 1892 di Sao Paulo. Beliau adalah pemain bolasepak berkulit hitam pertama yang berjaya memecahkan pementasan bolasepak Brazil yang berkulit putih. Okay, dari sejarah bolasepak pon kita dah taw yang orang Inggeris yang memperkenalkan permainan bolasepak yang menjadi kegilaan orang ramai, okay,, bukan orang ramai la, ak rasa makhluk yang bernama manusia kat mukabumi nie.
  • Berbalik pada kisah Arthur si King Bolasepak, beliau adalah pemain berkulit hitam yang pertama yang mendapat gelaran 'The Tiger' dan 'Superstar'. Sedikit bibliografi berkenaan dengan Arthur untuk tatapan kita bersama,
Biografi : Arthur Friedenreich merupakan anak kepada seorang usahawan daripada Jerman yang berhijrah ke Brazil dan ibunya adalah seorang pencuci yang berketurunan Afrika berhijrah ke Brazil setelah dibebaskan. Patut nama pun macam nama Jerman. Friedenreich juga adalah pemain profesional berkulit hitam pertama di Brazil kerana pada waktu itu isu warna kulit telah menguasai seluruh benua Amerika malah bolasepak juga adalah untuk warga kulit putih sahaja. Banyak halangan terpaksa di lalui akibat daripada isu warna kulit dan perkauman.
Mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pemain sebuah kelab Brazil, SC Germania, yang disertai oleh penghijrah-penghijrah daripada Jerman, Arthur memulakan karier bolasepaknya bersama kelab Sao Paolo dalam era 1910-an. Pada 1914, Arthur beraksi buat kali pertama untuk skuad kebangsaan Brazil pada kejohanan Copa America pada tahun 1919 dan juga edisi 1922 serta telah menjaringkan 10 gol. Ketika siri Jelajah Eropah pasukan Brazil pada 1925, Arthur telah dikenali sebagai King of Football. Arthur juga telah berjaya meraih rekod jaringan terbanyak tetapi FIFA tidak dapat mengesahkan fakta ini kerana masalah pengesahan rekod. Disebabkan perselisihan di antara Persatuan Bolasepak Rio de Janeiro dan Sao Paulo, Arthur terlepas aksi Piala Dunia edisi 1930 di Uruguay. Hanya pemain yang bermain untuk Persatuan Bolasepak Rio de Jeneiro sahaja yang dapat mewakili Brazil pada ketika itu.
Kehebatan Arthur dalam liga domestik tidak dapat dinafikan lagi, menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak 9 kali. Pencapaian terbaik domestiknya adalah ketika mewakili kelab Athletico Paulistano dalam Liga Paulista dengan 33 jaringan. Friedenreich bersara daripada arena bolasepak ketika mewakili Flamengo pada 1935 semasa berumur 43 tahun. Meninggal dunia pada 6 September 1969, Arthur Friedenreich telah bermain lebih daripada 1200 perlawanan antarabangsa dan domestik serta di katakan telah menjaringkan lebih daripada 1200 gol. Namun terdapat laporan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1329 gol dalam 1239 perlawanan tetapi disangkal oleh peminat-peminat Pele mengatakan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1239 gol dalam 1329 perlawanan. Tiada rekod sahih untuk jumlah sebenar berapa gol yang Arthur jaringkan. Oleh itu, berapakah pemain yang kita ketahui telah menjaringkan lebih daripada 1000 gol sepanjang karier mereka? Sebab itulah Arthur Friedenreich merupakan pemain bolasepak pertama digelar KING OF FOOTBALL.

  • haaa,, apa pendapat korang tentang dya nie? so sekarang aku pon dah taw, korang pon dah taw, jadi selain dari pele, ada yang lg teror dan terbaik dari dya,, iaitu Arthur Friedenreich.

xoxo ;)




Wednesday, May 18, 2011

Masalah Obstetrik & Gynekologi

Salam Barakallah.
  • lama sangat dah aku tak online blog nie,, hehe,, semua akibat tenet yang xder kat kolej risda meaka tuh, hihi.
  • okay,, mesti pelik kenapa tajuk untuk pos aku kali nie kan? okay,, jangan terkejut sbb tajuk itu adelah nama sejenis masalah ataw kata mudah penyakit yang menyerang kaum hawa nie. sapa kata wanita nie sentiasa sihat? owww,, silap silap,, wanita a.k.a perempuan lah yang selalunya menanggung pelbagai sakit,, contoh paling mudah bagi aku,, perempuan yang melahirkan zuriat tuh,, haaa,, kaum kaum adam sekalian xkan dapat rasa kan? itulah istimewanya hawa nie. hihihi. okay,, enough with nonsense, kite teruskan dengan maklumat tentang masalah wanita ini.

Polycystic Ovary(PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakitpuan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

I.Haid tidak teratur.

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan.

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

V.Apakah puncanya ?.

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan ataugangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Ciri ovari dalam ultrasound.

Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.

Rawatan

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

Meningkatkan kesuburan wanita.

Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine

Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus

*http://www.hamidarshat.com/masalah-obstetrik-aamp-gynekologi-informasi-80.html

  • okay,, sejujurnya aku menghidap penyakit ini, smemangnya pelik,, aku mula perasan yang tubuh ak nie xsihat sejak ak mula aktif menderma darah. okay,, sebenarnya xberkaitan pon, namun sejak kali ke-2 ak derma darah, kitaran haid ak makin tak betul, dari tiap2 bulan hinggalah 2-3 bulan sekali. okay, mula-mula ingat kitaran mungkin tak betul lagi, biasela umo baru 19 tahun, then ak mula perasan yang badan ak mula naik secara mendadak, emosi makin celaru,, aku anggap diri aku stress memandangkan aku mengalami sedikit masalah peribadi, namun kitaran haid ak semakin tak betol, berat badan semakin naik malah aku tak dapat menahan emosi untuk makan.. weird ryte? okay, then, the shock-est thing is bila haid ak keluar lebih dari 15,, non stop for almost 30 days, wow, gila kan? tapi the weird one is, ia tidak keluar dengan banyak, kadang2 dengan pakai pantyliner pon bole, bile ak tny kat ustad2 thru online, (yela, tny ustad sbb darah haid lebih dari 15 hari kan darah istihadhah) ustaz reply yg its normal, byk gil pnh jd mcm 2, dye suggestkan aku pergi jumpe doc asap, okay,, aku mmg takut nak jumpe doc, even though Ahmad Hakimi paksa bnyak kali pon aku tak pegi, then,, one day aku cerita the total story about what happen kat kakak aku, then kakak ak asap bawak aku pegi doc sakit puan. owww,, aku mmg takot sbb aku risaw kalau-kalau ade kanser ke kan,, who nows,, then,, after buat ultrasound semua,, doc sahkan ak ade masalah hormon, my ovary size is larger than normal size, so,, aku terpaksa makan ubat perancang sampailah aku sihat.
  • owww,, jgn sadis yer, aku mmg sakit, fine, MMG SAKIT! lagi-lagi masa period after 1st time makan pils, owww,, its killing me, aku dah macam orang bersalin keluar darah nifas beb, its scary, sumpah,, aku tak tipu,, memang sakit!
  • aku kene amik ubat nie sampailah doc sahkan aku sihat. God, aku memang tak kuat untuk hadapi penyakit nie, aku tak boleh lawan nafsu makan, huu,, walaupon ade yang support dari belakang tapi aku still lemah dibelakang. T_T
xoxo



Saturday, December 18, 2010

Sungai Didalam Laut????

Salam Barakalllah.

  • Pe kate korang baca post kali nie,, aku memang tahu kes nie dah lama pun,, cuma aku nak korang baca dan renungkan,, betapa hebatnya kuasa Allahs.w.t dan betapa benarnya ayat dari kalam Allah, Al-Quran.
  • Adakah kita masih lagi ragu-ragu dengan kekuasaan-Nya?

Penemuan ‘sungai’ di dalam laut…mungkinkah Jacques Costeau memeluk Islam kerananya?

“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico.

Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, pakar samudera yang juga penyelam terkemuka dari Peranchis, Jean Jacques Costeau(yang selalu muncul dalam Dicovery/ Nat Geo) tiba-tiba menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.

Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”

Ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

aku mendapat cerita di atas daripada emel dan lama blog, bila aku pergi dengan lebih jauh, aku terjumpa surat daripada Yayasan Costeau yang menafikan saintis kebanggaan mereka itu pernah memeluk Islam.


  • Samada Cousteau memeluk Islam atau tidak, aku tak kisah tentang semua itu, jika dye betul-betul dah memeluk Islam,, maka Alhamdulillah,, tapi yang penting bagi aku,, apabila melihat keindahan ciptaan Allah ini,, bagaimana lautan berair masin boleh trasing dengan saliran air tawar ini seperti membuka mata aku bahawa Allah itu Maha Berkuasa. ;)
xoxo ;)




Friday, December 17, 2010

Taugeh ooo Taugeh... ;)

Salam Barakallah.
  • Haa,, tadi aku makan taugeh,, sedap nok,! mak aku yang masak,, Taugeh kalo masak apepon lagi-lagi kalo makan bersama char kueytiaw ataw kueytiaw (aku xpasti ejaan nie betul ke x,, haha.) memang kalahlah sawi and the gang,, keteror-annyer taugeh, memang boleh menang vegetable championship nie. (ape aku merepek nie?)
  • Kalo ade makhluk yang tak kenal taugeh tuh aku rasa korang kene lah pegi buat medical checkup. hehehe. Joking oke? Taugeh nie kan puteh berseri,, bentuk body dye macam kulat dan bertopi hitam,, haaa,, try imagine ea bebs?? ;)
  • Hokey,, than ake pernah dulu sekali terbaca tentang taugeh. Dorang kater yang taugeh nie made from human urine so thats why kaler taugeh tuh puteh melepak berseri-seri. Than aku bertanya pada yang pakar,, Ir Dr Suhaida Che Embi,, (ehem,,ehem,, ;p) Ketua buah Jabatan Pertanian negeri Perak berkata, "Tak mungkin lah taugeh dibuat dari urine manusia, kerana pembuatan/penanaman taugeh kene 100% bersih,, itu yang penting,, sekiranya menggunakan air yang kotor untuk membuat taugeh,, kemungkinan 50% taugeh xakan tumbuh atau rosak. Tapi kalo ade,, Wallahua'lam."
  • Then dorang cakap lagi kalo korang nak taw macamane nak detect yang taugeh tuh made from urine,, try to keep the beautiful white taugeh for 3 days,, then you all bole lah try smell it,, it will smell just like urine. Wow,, sangat kotor,,, ewww. -.-
  • Kenape ekk taugeh jadik mangsa kejadian? haaa,,, for peeps outhere yang tak taw tentang taugeh nie,, taugeh nie dye memang 100% serap air untuk pertumbuhan dye,, so, contohlah korang guna urine untuk buat taugeh,, so dye akan serap 100% urine tuh untuk tumbesaran dye,, so,, what do you think?
  • Tapi tapi tapi,, u alls jangan risau,, taugeh nie ade banyak jugak kelebihan dye,, contohnya bagi sistem peranakan wanita serta baik untuk lelaki jugak.
  • Kenapa aku cakap dye sangat baik,, ia adalah kerana taugeh ini dapat meransang penghasilan sperma bagi kaun Adam serta meransang pengeluaran telur bagi kaum Hawa.
  • So ibu-ibu serta wife-wife yang ade kat luar tuh,, amalkan lah memakan taugeh,, insyaAllah korang dapat rezeki cahaya mata. WAW,! then bawah nie aku bagi resepi bagi Wife-wife yang nak anak. Tapi ini sebagai sampingan,, kita menggunakan ia sebagai "SHOCK" kepada anak-anak benih tuh,, tapi,, berdoa serta tawakkal kepada Allah,, itu yang menjamin samada ia berhasil ataw tidak. ;)

  • PETUA CEPAT DAPAT ANAK. ;)
Begini Petuannya:
  1. Ambil segengam kacang hijau. (korang buat sendiri lah senang,, takot t beli kat kedai yang made from urine plak,,)
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari sampailah tumbuh ekor taugeh yang kiut miut tuh,, air rendaman hendaklah sama paras dengan taugeh. means tauh=geh tuh tenggelam dalam air.
  3. Tutup taugeh. Taugeh xboleh tumbuh kalau kene cahaya,, thats the magical of taugeh. ;)
  4. Than,, bila dah siap jadi taugeh yang dewasa,, korang cuci dan buanglah topi taugeh yang kaler hitam tuh k.
  5. Than korang rebus taugeh dengan 2 cawan/gelas air selama 15 minit dengan api sederhana ya. ;)
  6. Pastu, bila air rebusan dah jadi sederhana,, korang shut the fire/gas, tapis air rebusan itu ya.
  7. Minumlah air rebusan itu dari mula datang bulan sehinggalah sampai waktu subur korang yer ibu-ibu. ;)
Menurut mereka yang mengamalkan resepi ini,, mereka cuma amalkan selama sebulan jer, lepas sebulan tuh Alhamdulillah dorang pregnant. Seperti yang aku cakap tadi,, selain dari mengamalkan minum air taugeh nie,, kita jangan lupa berdoa serta tawakkal kepada Allah s.w.t. hokeyyy??? ;)


  • Orait,, selain dari it,, aku listkanlah siket khasiat-khasiat dari yang bernama Taugeh nie yaw. ;)
o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.
o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!
  • Okay,, thats all aku nak cite pasal taugeh nie yer. bubbye,! ;p
xoxo ;)