Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Syakinah van Hakimi. Show all posts
Showing posts with label Syakinah van Hakimi. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Salam Barakallah.
  • Harini aku nak share kat korang satu lagu nie, okay, mungkin lagu nie da lama and mesti dah ada orang yang mmg dah taw pasal lagu nie,, okay,, xmau merepek lama-lama, jum dengaq! ;)



Wahai.. Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan.. baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cinta-Mu

Reff :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah slama ini, ya ilahi…
Muhasabah cintaku…

Tuhan.. kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

  • sedih kan? Sebenarnya lagu nie memang dah berjaya menyentuh hati aku dan serba sikit memusahabah kan diri aku nie. mungkin korang yang kat luar tak pernah rasa sakit kan? bagi aku yang pnh rasa sakit, ujian dari Allah sememangnya banyak merubah diri aku. Allah maha adil,, diturunkan sakit pada hamba-Nya supaya hamba-Nya ingat akan-Nya. ingat akan sayangnya Allah pada umat-Nya. Pernahkan kita sedar akan itu? Tanya dada, jawablah sendiri.

Xoxo Y_Y




Friday, May 20, 2011

UPMKB vs Sime Darby Academy

Salam Barakallahh.
  • tajuk aku harinie tak berkaitan pon ngan diri aku ini kerana ak bukanlah seorang pelajar UPM kampus bintulu,, tapi aku adelah pelajar Kolej Risda kampus Melaka. oke,, xde kaitan pon dengan KRISM tu,, saje wat gempak starz kat sini. oke,, kes nie berkaitan Encik Ahmad Hakimi yang sedang pening fikir nak duk teruskan study kat UPMKB ataw lompat ke Academy Sime Darby tuh.
  • Ahmad Hakimi beruntung dapat UPMKB tu,, aku memang dengki+jelous tahap dewa la dengan dye, ish,, impian aku tuh nak sambung kat sana,, tapi nak wat mcmane,, KRISM tetap dihati. Y^_^Y (yeayy!)
  • okay, enough with bubbling.. serious okay. (now syakinah wat muke serious gile)
  • pada pendapat aku,, baiklah encik hakimi teruskan study kat upm tuh,, bukan pa,, tak rugi ke syg dah dapat tempat stdy best2 pastu tukar kat academy 2? ade kebaikannya encik pi kat academy tu,,
    1st: encik xpayah nak pikir pasal ptptn sbb orang besaq sime darby tu bagi duet biasiswa.
    2nd: encik xpayah pikir pasal kerja sbb orang besaq sime darby tuh xbagi offer kerja pon kat ncik.
    3rd: encik boleh sambung degree dengan bahagianya sebab sime darby tak ikat kontrak kerja dengan encik.
    4th: encik boleh tengok arsenal datang malaysia nanti.
    5th: encik boleh balik tiap-tiap kali cuti panjang.
    6th: encik boleh fokus pada saya yang dok kat melaka tu je.
    7th: encik boleh ber-shopping(itu saya) dengan fulus mania itu.
    8th: encik tak perlu rush-rush beli tiket flight awal 6 bulan untuk balik kg ja.
    9th: encik boleh belajaq bahasa inggeris(menurut encik la, puan tak taw) dengan lebih berwibawa.
    10th: encik boleh mendapat pengalaman hidup kat ladang. (menurut encik jugak,, puan masih keliru)
  • Puan boleh bg 10 sebab ja,, yang lain encik fikir sendiri ye. :)
  • tapi dalam baik-baik,, mesti ada yang buruk kan? ok,, bukan buruk la,, tapi kekurangan la,, ntah,, aku pon jadik mcm blur nak buat ayat,, hahaha. ok,,, sat ak listkan 'buruk' plak,, ;)
1st: encik akan rugi tidak habiskan diploma sebagai student UPMKB ok,, bukan upm sbb encik masih under upm,, cuma encik menumpang kat pulau carry tu ;)
2nd: encik yakinkah para-para lecture encik kat academy itu seperti lecture encik di UPMKB? menurut kakak puan la, para lecture yang hanya mempunyai degree tidak layak mengajar pelajar diploma malah pelajar degree,, sekiranya lecture-lecture masih degree,, maka sesebuah institusi pengajian itu tak boleh diiktiraf sebagai universiti. contoh KRISM tu jer...
3th: encik nak kerja kat ladang ka nanti?
4th: encik dah xboleh nak rasa happy tengok tiket flight bintulu-lcct RM10 hengget ja.
5th: encik dah xboleh nak fly in the air like a bird dah.
6th: encik dah xboleh jumpa lectre yang sayang kat abang misai.
  • okay,, tapi,, keputusan semua atas tangan encik Hakimi. saya sebagai setiausaha hanya mampu memberi nasihat dan kata-kata semagat, setiap keputusan yang encik buat,, jika encik yakin, maka aku dengan otomatik pon akan setuju dengan keputusan itu.
  • encik fikir la baik-baik ya,, buat istikharah,, semoga encik mendapat jawapannya. Amin.

CARA SOLAT ISTIKHARAH

Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud dikahir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.

Cara yang laing afdhal atau terbaik untuk melakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-

1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)

2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.

4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.

5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin

6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.

Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:

Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilahdaripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi untuk mengelakkan gangguan dari syaitan.

Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas solat istikharah tidak akan timbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah. Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah sama sekali tidak akan menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya…berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan sebagainya..Semoga berjaya. Amiin.


xoxo ;)



Thursday, May 19, 2011

Robin Van Persie.

Salam Barakallah.
  • he was handsome.
  • he was my idol.
  • he was my favorite.
  • he was a great player.
  • he is Robin Van Persie.
  • oww how i wish that Ahmad Hakimi will be a good father like him when we get married later?play balls with our kids, i just cant wait for it! ;)






xoxo ;)


Wednesday, May 18, 2011

Masalah Obstetrik & Gynekologi

Salam Barakallah.
  • lama sangat dah aku tak online blog nie,, hehe,, semua akibat tenet yang xder kat kolej risda meaka tuh, hihi.
  • okay,, mesti pelik kenapa tajuk untuk pos aku kali nie kan? okay,, jangan terkejut sbb tajuk itu adelah nama sejenis masalah ataw kata mudah penyakit yang menyerang kaum hawa nie. sapa kata wanita nie sentiasa sihat? owww,, silap silap,, wanita a.k.a perempuan lah yang selalunya menanggung pelbagai sakit,, contoh paling mudah bagi aku,, perempuan yang melahirkan zuriat tuh,, haaa,, kaum kaum adam sekalian xkan dapat rasa kan? itulah istimewanya hawa nie. hihihi. okay,, enough with nonsense, kite teruskan dengan maklumat tentang masalah wanita ini.

Polycystic Ovary(PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakitpuan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

I.Haid tidak teratur.

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan.

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

V.Apakah puncanya ?.

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan ataugangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Ciri ovari dalam ultrasound.

Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.

Rawatan

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

Meningkatkan kesuburan wanita.

Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine

Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus

*http://www.hamidarshat.com/masalah-obstetrik-aamp-gynekologi-informasi-80.html

  • okay,, sejujurnya aku menghidap penyakit ini, smemangnya pelik,, aku mula perasan yang tubuh ak nie xsihat sejak ak mula aktif menderma darah. okay,, sebenarnya xberkaitan pon, namun sejak kali ke-2 ak derma darah, kitaran haid ak makin tak betul, dari tiap2 bulan hinggalah 2-3 bulan sekali. okay, mula-mula ingat kitaran mungkin tak betul lagi, biasela umo baru 19 tahun, then ak mula perasan yang badan ak mula naik secara mendadak, emosi makin celaru,, aku anggap diri aku stress memandangkan aku mengalami sedikit masalah peribadi, namun kitaran haid ak semakin tak betol, berat badan semakin naik malah aku tak dapat menahan emosi untuk makan.. weird ryte? okay, then, the shock-est thing is bila haid ak keluar lebih dari 15,, non stop for almost 30 days, wow, gila kan? tapi the weird one is, ia tidak keluar dengan banyak, kadang2 dengan pakai pantyliner pon bole, bile ak tny kat ustad2 thru online, (yela, tny ustad sbb darah haid lebih dari 15 hari kan darah istihadhah) ustaz reply yg its normal, byk gil pnh jd mcm 2, dye suggestkan aku pergi jumpe doc asap, okay,, aku mmg takut nak jumpe doc, even though Ahmad Hakimi paksa bnyak kali pon aku tak pegi, then,, one day aku cerita the total story about what happen kat kakak aku, then kakak ak asap bawak aku pegi doc sakit puan. owww,, aku mmg takot sbb aku risaw kalau-kalau ade kanser ke kan,, who nows,, then,, after buat ultrasound semua,, doc sahkan ak ade masalah hormon, my ovary size is larger than normal size, so,, aku terpaksa makan ubat perancang sampailah aku sihat.
  • owww,, jgn sadis yer, aku mmg sakit, fine, MMG SAKIT! lagi-lagi masa period after 1st time makan pils, owww,, its killing me, aku dah macam orang bersalin keluar darah nifas beb, its scary, sumpah,, aku tak tipu,, memang sakit!
  • aku kene amik ubat nie sampailah doc sahkan aku sihat. God, aku memang tak kuat untuk hadapi penyakit nie, aku tak boleh lawan nafsu makan, huu,, walaupon ade yang support dari belakang tapi aku still lemah dibelakang. T_T
xoxo



Thursday, March 17, 2011

Saturday, March 12, 2011

Salam Barakallah.
  • Harini hujan hujan jer kat kampung. yerp,, ai sekarang kat kampung,, hikhik. cuti mid sem memang sangat SERONOK lagi-lagi dapat rasa masakan sepesel dari mak saya. ;) sayang lebey la kat mak. ;)
  • okay,, cuti memang la cuti,, tapi,, dah memang tradisi kalo cuti mid sem jer,, lectre memang suke SEKSA student dye ngan post kje yang melambak-lambak. okay,, ai memang sayang you lebey la lectre2.
  • okay,, semalam adelah befday ai yang ke-21,! wah,, ai da tue la kawan-kawan,, dah duk umo alaf 21 dah,, so,, matang-matangkanlah diri tu yer cik kinah.
  • Sejak menjak nie entah kenapa diri nie selalu rasa bersalah. bersalah dengan diri sendiri. ade ketidakpuasan didalam diri ini yang menganggu fikiran ai nie. Kadang-kadang rasa macam susah sangat diri nie nak lepas dari memikirkan pekara tuh. Mungkin nak masuk umur baru nie,, Allah mahu menjadikan diri ini lebih matang an teruskan memandang kehadapan,, dan tinggalkan yang silam. Tapi bak kata orang,, pengalaman mengajar kita erti kehidupan,, ya,, ai setuju dengan pekara itu,, ai sedar akan pengalaman silam itu banyak mengajar dan mematangkan diri ai ini,, terima kasih Allah,, kerana memberi hambamu ini peluang,, dan ai berasa beruntung sangat kerana di kurniakan seorang teman yang sentiasa memberi semangat kepada hambamu ini,, Thanks syg,, may God bless you. ;)
  • So,, seperti yang ai der cakap tadi,, ai nak ucapkan tenkiu sangat-sangat kat yong yang bagi adiah yang tak ternilai nie,, Nokia C6 kini menjadi milikku,, yesss! kina janji belaja rajin-rajin taw yong,! and bila dah jadi pegawai nanti,,kina belanja yong yang lagi mahal ya? luv u sangat2. ;) Kat bawah nie la pic sayang ai yang baru. hehe,, hari-hari dating ngan dye taw. ;)
  • Ai der mohon kerja,, doakan ai dapat interbiu ngan dorang,, ai kalo bole nak kje sangat-sangat,, melenkan ai dah berusaha tapi tak dapat,, bawu la ai akan terima kenyataan yang takdir ai ialah meneruskan pelajaran ai and try pulak dapat pointer cambest so ai bole sambung degree ngan syg ai. Amin. pun walaubagaimana,, ai still lagi mmohon sambung blaja kat upu,, wah wah,, mane satu ai nak nie? pening-pening.
  • Ish,, dala Rsenal kalah. ish,, ai xtaw la nk kata pa dah,, geram sangat!
  • dala,, nak out dlu, bye2. ;(

xoxo ;(




Friday, February 25, 2011

;)

Salam Barakallah.
  • Thanks bibi,, for this emmuah emmuah desktop printscreen, terharu... T__T

xoxo ;)




Thursday, February 24, 2011

Post gedix,!

Salam Barakallah.
  • Okay,, gud morning! Semoga hari ini memberi seribu erti pada korang,, n pada diri ai jugak. hikhik.
  • Actually ai sajer jer nak wat post gedik nie,, bukan pe,, bosan.... ;)
  • Semalam ader skype ngan abg kimi,, ( weeewiiit!! ) hehehehe,, so screenshot pic gdik kitowang,, ade banyak tp semua dah ilang mana tah,, ayooo~~~ rugi,rugi.
  • And kat sini ade gambar profile fesbuk kitorang yang ai buat kasik cantik blaka,, tak tau la kalau you all rase biase jer,, tapi bagi ai,, sangat cantik,! and ikhas ai buat untuk you abg kimi,! emmuah! luv u lah syg,,! ;)


xoxo ;)




Hai,, lama tak update kan? ;)

Salam Barakallah.
  • Halo,Halo,Halo,,, ngeee,, sekarang aku sedang bercuti ataw bahasa kasarnyer "ponteng kelas" hikhik. okay,, kenapa ya? Sebab tadi aku baru jer pegi interview dengan Risda, fewww,, hope that this time thing will come true.
  • Lama gle kot aku tak update blog and Tumblr aku,, xder masa kot,, study,study and study,, that the most important now, tak der yang lebih penting dari belajar dan belajar. Tapi dalam hati meronta-ronta untuk bekerja,, tapi,, rezeki di tangan tuhan, God noe what He planned for us, we as a khalifah, should praise alot to Allah s.w.t, as a human, I'll try my best to change, from a hot tempered person to more soft and cool person, may Allah bless my spirit. Amin. ;)
  • Hubungan aku ngan kimi,, nothing change,, cuma its getting hotter and hotted,! "Semakin hari semakin sayang,!" I praise alot to Allah,, for meeting me with a very very very good man. He change me alot taw,, our relationship pon is almost a year,! wow,, sape sangka kami dah dekat setahun? me? im not expecting it,, but i pray alot,, hope that our relationship will always success, Amin. ;)
  • Hey hey,, perasan tak lagu dah tukar, from Bruno Mars to Maher Zain. 1st time dengar lagu InsyaAllah in malay version,, terus jatuh cinta. (awwww!! ) tapi ai still in love with you lah abg Samir Nasri,, hehehe. *bibi,, luv u more than i love samir nasri n bruno mars haa,, ;)
  • So,, sebab ai sayang you,, ai upload pic you men bola taw, ai upload yg ai suke je,, yang ader "miss miss" ai taknak upload,, nanti ai jeles,, hehehe. ;)
  • Then,, ai nak upload jugak pic ai g i-city dlu,, alah,, da lame dah,, tapi rasa mcm tak puas taw kalo tak upload,, so,, jum jum nenok,,, ;)

During this, Ahmad Hakimi's finger was hurt,, poor syg,, ;(

  • Well then,, ai pon dah nantok,, so,, gudnyte peeps!! ;)
Xoxo ;)




Friday, December 24, 2010

Oh malam ini sungguh Berbeza. ;)

Salam Barakallah.
  • Sesungguhnya malam nie aku amat rasa berbeza. nape tah,, nak kate aku frust bercintun tak juga. Mungkin kerana aku rindukan Encek Hakimi kot. hahahaha. And ag satu,, korang dengar lagu blog dah tukar,, awww,, aku tetibe ase cam lgu nie penuh makna,,dengan slow music,, and aku tahu lagi nie dari Samarinda Asmaradana yang Abg Sam bakal laki aku belakon tuh. (Hey Hey Hey,, ko kan benci Indon? Nie pe kes lak nie?)
  • Tadi aku sempat jugak buat animated gif gambar encek Hakimi. haha.. this happen bila aku mula layan jiwang. Tapi ta salahkan kalo nak berjiwang ,, kan anak-anak? ahooooi,!
  • So korang boley tenok kat bawah nie,, hasil animated gif yang aku sesaje buat,, snaping masa Encek ngah ngomel pe tah masa kat Kenny Rogers jj Ipoh.
  • So sorie yer,, kite saje saje jer taw,! tamo amik ataw makan hati yer,, nanti kalo awak makan hati,, sape nak jg saye. Alolololo,, ngader ahh you nie Syakinah,, ngehahahaha. ;)
  • So Encek,, kite nak kater yang animated gif awak tuh mcam iklan gigi darlie kan kan kan? (Baek awak cakap "iyer",,kalo tak saya makan hati awak,!)
  • Okelah,, aku mau titun sudah. so,, gudnyete,, camat malam,, happy dinner(Pejadahnyer nie?) dan selamat bermimpi yer you alls,! ;)

Xoxo ;P