Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

helo. ;)

Salam Barakallah.
  • Hokey,,da bape hari aku dah tak update blog aku, Mungkin pasnie lebih jarang dari selalu,, sebab esok aku dah nak mendaftar kat kolej Risda. Oww,, mungkin aku mengambil masa yang sangat lama untuk berfikir namun aku yakin dengan keputusan aku kali ini,, kali ini aku dah taknak memain dah,, mungkin kos yang aku dapat tak sepopular kos yang lain namun aku akan cuba dapat pointer yang cambest untuk masa depan aku jugak. Encek Kimi dan aku dah berbincang,, Insyaallah,, kalo diberi rezeki,,kami nak sambung degree sesame. Mungkin terlalu awal untuk fikirkan degree namun "AIM" mesti kene ader kan?
  • Then,, aku nie bukan manusia sempurna bagai. Nak menjadi sempurna bukanlah pekara mudah,,jadi aku nak tulis kat sni, aku nak mintak maaflah kat kengkawan yang aku pernah lukai,, so maafkan aku. Aku dah nak sambung so tolong redhai aku. Mungkin ader sesetengah orang fikir nak menjadi sahabat setia nie mudah,, tapi lain bagi aku, aku tak sempurna dari segi pelbagai,, tapi ak sangat iklas dalam menjalin persahabatn. Jadi sahabat sekalian,, maafkan aku jika ader melakukan kesalahan.
  • Aku jarang nak menjadi orang yang pendendam,, lagi-lagi nak membalas dendam,, sangat lah bukan aku,, tapi kalo ader orang yang dah melukakan hati aku sampaikan impak maksima nye memang memakan hati aku sampai separuh hati aku dilukanya,, memang niat nak membalas dendam tuh semulajadi terbentuk. Jadi disini aku nak cakap la sike,, walaupon aku taw manusia yang tak sedar diri tuh dok-dok salahkan aku kan,, namun aku nak cakap siket la kat kau ekk,Sila rujuk dot bawah ya. ;)
  • "Kau penah tikam aku dari belakang,, bukan setakat tikam,, malah dah ko tikam aku,, ko curahkan pulak asid citric kat tapak tikam tuh,, jadi aku sangat teringat-ingat pekara tuh,, jadi janganlah kau salahkan aku kalo aku pulak menyakitkan hati kau. Aku cuma sakitkan hati kau,, bukan melukakan pon macam kau buat kat aku kan,, tapi aku nak kau ingat yang aku xpenah lupe pe ko pnh buat kat aku. so miss ****,, ingatlah,, Ini pengajaran atas kesilapan kau dulu. Aku tak sepatutnyer menilai kau sampai macamnie,, dan tak sepatutnya aku buat kau macamnie(balas dendam),, tapi aku nak kau ingat,, yang aku nie,, bukan boleh dibuat main.Memang aku diam bila kau curik semua dari aku,,, tapi dlm diam aku,, memag aku tunggu2 agar kau berpura-pura macam tak penah buat mende jadah haram kat aku,,and sorie,, aku teramik kesempatan tu tuk balas budi baik ko masa kat IPBL dulu. So,, aku dah bayar pe ko buat kat aku dulu. Ini cuma besar kuman jer dari luka yang ko tikam aku dulu,, sekadar pengajaran supaya pasnie,, tolongla jangan bajet baik depan orang and ko tikam lak orang tuh. Okay."
  • Okay,, lupakan diatas,, aku cuma meluahkan perasaan benci dan amarah. huhuhu.
  • Than,, aku beli new shoe td,, tapi terslap beli kasut tuk men badminton lak,, caittt,!
Womens Nike Court Shuttle IV *kasut men badmninton upenyer.

Nie la akibat lau main beli jer. hikhikhik.

Free gift dari Al-Ikhsan. ;)

Kotak nie tinggal kat umah,, hehehehe. ;)

  • So,,nie jela pos aku kali nie yer. pasnie mungkin dah jarang kot nak update,, ade masa,,insyaAllah,, aku update yer. ;)
  • Tapi,, saya tetap mish kat awak,, Ahmad Hakimi Othman. My love selamanya.
  • so,, bubbye,,! Doakan den. ;)

Xoxo ;]




Friday, December 24, 2010

Oh malam ini sungguh Berbeza. ;)

Salam Barakallah.
  • Sesungguhnya malam nie aku amat rasa berbeza. nape tah,, nak kate aku frust bercintun tak juga. Mungkin kerana aku rindukan Encek Hakimi kot. hahahaha. And ag satu,, korang dengar lagu blog dah tukar,, awww,, aku tetibe ase cam lgu nie penuh makna,,dengan slow music,, and aku tahu lagi nie dari Samarinda Asmaradana yang Abg Sam bakal laki aku belakon tuh. (Hey Hey Hey,, ko kan benci Indon? Nie pe kes lak nie?)
  • Tadi aku sempat jugak buat animated gif gambar encek Hakimi. haha.. this happen bila aku mula layan jiwang. Tapi ta salahkan kalo nak berjiwang ,, kan anak-anak? ahooooi,!
  • So korang boley tenok kat bawah nie,, hasil animated gif yang aku sesaje buat,, snaping masa Encek ngah ngomel pe tah masa kat Kenny Rogers jj Ipoh.
  • So sorie yer,, kite saje saje jer taw,! tamo amik ataw makan hati yer,, nanti kalo awak makan hati,, sape nak jg saye. Alolololo,, ngader ahh you nie Syakinah,, ngehahahaha. ;)
  • So Encek,, kite nak kater yang animated gif awak tuh mcam iklan gigi darlie kan kan kan? (Baek awak cakap "iyer",,kalo tak saya makan hati awak,!)
  • Okelah,, aku mau titun sudah. so,, gudnyete,, camat malam,, happy dinner(Pejadahnyer nie?) dan selamat bermimpi yer you alls,! ;)

Xoxo ;P




Thursday, December 23, 2010

Berkenaan Hukum Mengucapkan Merry Christmas.

Salam Barakallah.
  • Aku ader sedikit kemuskila mengenai mengucapkan "Merry Krismas" kepada mereka-mereka yang celebrate hari natal nie,, jadi aku segera meng-google hukum hakam apabila kita mengucapkan ataw menge-wish "Happy Krismas" kepada kaum kristian nie.
  • Tapi niat aku bukan untuk memporak-porandakan kaum cuma aku nak tahu adekah menge-wish tuh boleh menyebabkan kita menjadi salah sorang yang menyokong kafir serta menyebabkan kita mengkhianati agama kita,, cuma aku nak tahu ape hukumnya. Tak salah kan anak-anak? Sememangnyer sikap saling hormat menghormati tuh adelah perlu tapi kalo melibatkan agama,, korang kenelah amik sedikit langkah berjaga-jaga yer. ;)
  • So mari kita baca and sedikit sebanyak artikal ni membantu aku memahami hukum-hukum yang berkaitan. So,, pe kate korang plak baca supaya boleh la menmbah ilmu yang serbe kurang nie kan. So,, chill aa. ;)

Berkenaan Hukum Mengucapkan Merry Christmas.
  • Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internetwww.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us!

Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day,even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all![www.godschildrenscorner.com]


  • Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah.

  • Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.


Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘alaberfirman:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidakberanak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".

[al-Ikhlas 112:1-4]


Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]


Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinityyang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.

Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]


Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinitymereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, AllahSubhanahu wa Ta‘ala menghukum mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]


  • Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.
  • Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity.Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]


  • Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]


  • Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.
  • Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

  • Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]


  • Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.
  • Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammenghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.
  • Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.
  • Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.
  • Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.
  • Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.
  • Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.
  • Perlu dibezakan bahawa “menghormati ajaran agama masing-masing” tidaklah bererti kita boleh menjadikan umat beragama lain sebagai Wali. Kedua, ia tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajipan untuk berdakwah kepada mereka. Lebih lanjut rujuk risalah penulis: Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah – Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2005).

  • So pe pendapat korang? Bagi aku info nie sangat berguna. Macam menyedarkan aku bahawa bukan semua pekara kita boleh amik remeh jer. Padahal mende yang kita amik remeh tu lah sebenarnyer yang melangar hukum.
  • So,, kalo korang dah baca,, renung-renungkan dan selamat beramal. ;)

Xoxo ;P




owww Abg Chamakh!!!

Salam Barakallah.
  • Post kali nie aku sajer jer nk taruk animated gif abang Chamakh kat sini. hahaha,, Anyway bile u nak masuk minang nie? gile prasan!!!!
  • So jum kiter enjoy!!!!
Awww,, pling love love love yang ini.

awwww,, abg Nasri pon ade,, i love u lahh,,

  • So,, cukup x? kalo tak cukup pegi cari sendiri yer,, hahaha. oke,, nk titun sudah. sooo,, bubbye!!
  • Ingat aku tulis nie,, just for gunner je aaa,,, "Once a GUNNER,, Always a GUNNERS"

Xoxo ;)




I Love Animated Gif,,

Salam Barakallah.
  • Okey,, korang taw tak pe animated gif? okey,, Animated gif adelah gambar yang disusun menjadi satu gambar bergerak. okey,, kalo nak lebih maklumat silalah google yer anak-anak. hehehe,,
  • Memandangkan aku adelah peminat Arsenal dan aku sangat mencintai meminati Samir Nasri,, jadi aku meng-collect animated gif Samir Nasri melalui tumlr aku. So,, jum tengok. ;)
Yes,,!

♥ 8 ♥ Samir Nasri


  • Ade banyak lagi animated gif yang aku jumpe,, lagi2 dari Samir Nasri. Aww,, kalo korang nak nenok lagi am=nimated gif dari best Arsenal player,, korang bole follow tumblr aku,, dari re-blog tentang shoes and beautiful vintage dress,, aku beralih kepada gorges Arsenal player. So hope korang like post aku kali nie sbb aku sangat like like post nie,! yeayyy,!
  • ONCE A GUNNER.ALWAYS A GUNNER.

Xoxo ;)




Tuesday, December 21, 2010

Chocolate Macaroons,

Salam Barakallah
  • Haaa,, bagi yang pernah baca post aku sebelum nie,, aku kate aku sangat teringin nak makan macaroons kan,, so aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat Nabilah Bella sebab tolong carikkan aku resepi untuk buat Mak Cik Aroons nie. Yeayyy,!!!
  • Hokey-hokey,, sebelum aku nak buat,, aku nak kongsikan resepi dye kat sini dulu oke. So kite Enjoyyyyy,,!!!!
Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack

source: vogue magazine

Info dari: http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/06/chocolate-macaroons.html

  • So ape lagi korang tunggu,, g Tesco cepat dan pegi beli bahan,!!! ;)
Xoxo;)




Anda tahu jenis darah anda?? Mari kita lihat menu diet yang sesuai mengikut jenis darah..

Salam Barakallah.
  • Okeh,, post kali nie aku nak cite pasal diet,,okeyh? so aku taknak panjang lebar,, korang bacalah semua yang ak pinjam dr fesbuk Jom Lansing Dan Jelita. okwyhh,! chill and enjoy it,! ;)

Diet Untuk Golongan Darah O
---------------------------------------
  • Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
  • Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
  • Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
  • Ciri khas golongan darah O:
  1. Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  2. Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  3. Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  4. Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  5. Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
  • Menu diet yang dianjurkan:
  1. Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
  2. Snek : Teh herba
  3. Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
  4. Snek : Sepotong kuih
  5. Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah AB
-------------------------------------------
  • Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
  • Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
  • Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
  • Ciri khas individu jenis darah AB:
  1. Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  2. Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  3. Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
  • Menu diet yang dianjurkan:
  1. Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
  2. Snek : Yogurt
  3. Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
  4. Snek: Kek keju dan teh herba
  5. Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah A
--------------------------------------
  • Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
  • Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
  • Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
  • Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
  • Ciri khas individu jenis darah A:
  1. Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  2. Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  3. Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  4. Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  5. Cukup beristirehat
  • Menu diet yang dianjurkan:
  1. Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
  2. Snek: Jus anggur / kopi
  3. Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
  4. Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
  5. Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------
  • Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
  • Ciri khas golongan darah B:
  1. Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  2. Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  3. Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  4. Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
  • Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
  • Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
  • Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
  • Menu diet yang dianjurkan:
  1. Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
  2. Snek: Jus anggur
  3. Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
  4. Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
  5. Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
  • So kakak-kakak dan makcik-makcik tak ketinggalan nenek-nenek yang nak diet tuh jomlah kiter try menu yang di-suggestkan nie. Tapi yang paling penting korang mestilah tahu jenis darah korang,, jangan main suke suki jer. And aku berdarah O, dan bagi aku ade benarnye pe tertulis tuh,, sal kalo aku tersalah makan,, kulit aku akan mengalami radang terutama kalo aku termakan apa-apa yang bersumberkan SOYA. waw,, tak kiralah tempe ke,tauhu ke,air soya ker, tau fu fa ke, even taucu pon akan sebabkan kulit aku meradang.(waw,,,!)
  • So,, ini jela post tuk kali nie. soo,, bai bai and enjoyyyy,,! ;)

Xoxo ;)




Monday, December 20, 2010

Demam Fever. LOL

Salam Barakallah.
  • Demam ? ya,, aku sedang demam. Demam yang sangat akut sampai hidung aku tersumbat. Ouch.! benci betul bile demam,, mesti pening dan batuk dan selesema. Masuk harinie dah 5 hari aku demam tak hilang-hilang lagi. Aku takot kalo-kalo demam masa aku kat IP dulu kene balik. Tapi oke gak kalo demam,, loss weight skit. hahahaha.
  • Ok,, tentang Kolej Risda,, belum ada kata putus lagi dari aku dan kakak-kakak aku memandangkna keputusan adalah atas tangan aku dan mak aku juga sangat berharap aku pergi jer smbung kat situ. Well, I have no any decision yet,, so,, aku still blur. hahahaha. so lets forget about it for 24 hour and enjoy,!(bole tak macamtuh?)

Xoxo ;)




Sunday, December 19, 2010

Diploma Pengurusan Landskap?

Salam Barakallah.
  • Sekarang aku berada ditengah-tengah samada nak sambung blaja kat Kolej Risda atau duk kat umah tunggu keje. Awww,, (duk umah dan keje sambilan lagi masyuk kot?)
  • First of all,, masa abang posmen berkulit puteh melepak tuh datang antar surat nie tadi,, muke aku gile happy (Sila Refer Gambar Dibawah.TQ) ,,, yela,, dapat surat yang aku nantikan,, macam bf dr jauh antar surat jer aku rasa masa surat tuh sampai kat tapak tangan aku yang lembut nie,(yaks,!)
  • Okey,, hati aku sangat berdebar-debar and apabila aku bukak sampul dan tengok kursus yang aku dapat,,,,,,,,,, Hati aku agak sedih kot, namun tangan aku menutup wajah sambil mengucapkan Alhamdulillah atas rezeki yang Kau berikan padaku.
  • Aku tak sedih sampai rase nak nanges macam anak kucing kesayangan aku mati dilanggar tapi aku agak kucewa sebab lain kos aku mintak,,lain lak dapat. Adoiyai,, bole ke aku bawak kos 2? Memang la main kos aku masa kat IP dulu Landskap tapi macam taley blah jer still keep dengan landskap. Adoiyai~~~ Sekarang aku lebih pening dari semalam. T_T
  • Lagi satu,, aku takot kalo tak diiktiraf lagi. Kalo tak diiktiraf,, macamane ak nak sambung degree?????? Adoiyai,,,, Sekarang aku lagi lebih pening dari tadi dan semalam. T.T
  • Ape yang Harus ku lakukan?
  • Ape keputusan aku?
  • Melihat pada yuran pon aku dah tergamam. Haish,, niat aku memang taknak susahkan mak aku ag,, tapi ak nak gak smbung study sampai dapat degree. Macamane nie? AAAAAAAAAARRRRRRRRRGGGGGHHHHH!!!!!!!
  • "Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,, Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Kau tunjukkanlah aku jalan. Kau berikanlah aku Jawapan untuk kesulitan yang aku hadapi ini. Ya Allah Ya Tuhanku,, Kau bantulah hambamu ini. " Amin ya rabbilA'lamin.

Info Gambar: diambil daru tumblr saya yg di re-blogged. ;)


Xoxo ;)




Macaroons...... Nak?

Salam Barakallah.
  • Percaya ataw tak post aku kali ini di buat pada awal pagi jam 6 lebey. hahaha. wah wah,, "apsal ko awal sgt nie syakinah?" Sebab aku dari smlm ag susah nak lelapkan mata.
  • Hokey hokey,, back to the main topic yer anak-anak,,,, kenapa ekk tajuk post aku kali ini MACAROONS? Sebab aku nak makan mende tuuuuuuuuhhhhh,!
  • Eeee,, mane aku nak cari mende tuh ea korang-korang??? ade idea tak? Kot-kot korang penah jumpe kat mana-mana kan. Aku ader la terbaca kat blog sis nie,, dye cakap kalo nak merasa Mak Cik Aroons nie silalah ke Harrods kat KL. "Pe jadahnye jauh sangat?"Caittt,, kene tunggu aku der mood Cuti-Cuti Syakinah,, ops,, Cuti-Cuti Malaysia la kot baru nak fly to harrod,, bukan ag harrods kat KL tuh,, Harrods kat London pon aku sanggup fly. (dah,dah,, jangan mencarut lagi.)
  • So kalo ader la sesape out thre,, ladies-ladies ataw hot-hot mama ataw hot chick kat luar sana yang tahu akan lokasi yang ade Mak Cik Aroons nie kan,, silalah leave a comment kat sini,, coz aku boleh keguguran kalo xdapat merasa -.- (bajet kaw tengah preggy la???) atawpun anda-anda yang hot-hot tuh taw resepi nak buat Macaroons nie,, bole la share-share ngan aku keyhh.
  • So,, sekianlah entry aku yang merepek di pagi isnin ini keyh.
  • Ops,, lupa,, ini la Mak Cik Aroons,, sodap jo upo ea. den nak rasooo,!!!!!!
Info Dari: Tumblr aku sendiri. ;p

Xoxo ;)




Kolej Risda.

Salam Barakallah.
  • Ayokkk, perasaan aku dikala ini adalah sangat gemuruh... tapi masih boleh menari-nari.
  • Kerana de kengkawan yang dah dapat surat dari Kolej Risda. Aku sangat teruja.
  • Jadi aku jadi sangat tidah bersemangat.
  • Adakala aku akan jadi sewel (awww! ngaku,!) sikit dan muke aku akan macamnie.
  • Kalo esok (InsyaAllah,kalo dapat laaaa.) kalo dapat surat dari dorang,, muke aku konfem macamnie masa nak bukak.
  • Kalo jawapan dye aku dapat sambung kat Kolej Risda aku nak jadi macamnie. oooowww yeeaaah,!!!! yebba yebba,!
  • Kalo aku bukak surat tuh and tgk result dye tak memberansangkan sangat. aku konfem camnie.
  • Tapi aku kene sabar,, mungkin ini ujian dari-Nya. So aku pun relaxs.
  • Finally,, aku membuat keputusan untuk sambung jer kat UniKL. OKEY. (Damnnnn,kucewa)
  • Jadi sekian dari aku untuk post kali ini. TQVM.

Xoxo ;)