Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 16, 2010

Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Salam Barakallah.
  • Tadi masa aku tengah tunggu motor aku kat kedai (brek mto ak mang suke buat hal,!) aku sesajer lah kenakan Ahmad Hakimi,,gini dialognyer :
" Bie bagi la sikit rezeki bi tuh kat syg,, hehehe,," aku lar yang cakap nie,
" Syg amalkan membaca Ayat seribu dinar dalam doa-doa syg selepas solat, InsyaAllah,, murah rezeki." Jawab Mr.Kimi
" Yeke? hurm,, syg dah lama lupakan amalan tuh,, terima kasih sebab ingatkan ya. " Jawab aku dlm ati jela, haha.
  • So aku pon balik umah terus bukak tenet dan search fadhilat mengamalkan Ayat Seribu Dinar didalam daily life kite kan,, Aku sangat teruja apabila mendapat ilmu baru nie,, jadi aku terbaca kat blog brader nie yang memang bagi aku sangat lengkap ulasan beliau tentang kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar.
  • Berikut adalah apa yang aku baca tadi,, mari lah kite reramai share ea. ;)

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

  • Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

  • Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  • Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  • Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  • Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

  • Aku harap dengan info ini dapat menambah ilmu didada agar kita lebih mengetahui akan kelebihan ayat-ayat dari kalam Allah,, Al-Quran.
  • Sememangnya Ayat Seribu Dinar ini adalah untuk memurahkan rezeki namun terlebih dahulu kita haruslah mengangkat tangan dan bersyukur kehadrat Illahi terlebih dahulu,
  • Jangan la korang rase cam "okey,, aku dah gantung ayat seribu dinar kat umah,, pasnie rezeki aku menimbun-nimbun la,," Hambuih,, banyak chantek, padahal solat 5 kali pon terumbang-ambing mcm pokok pisang kene tiup angin.
  • Aku pon seringkali melakukan kesilapan,, yela,, manusia, mane ade yang cukup sempurna seperti nabi,, tapi sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh-Nya.
  • Anggap la setiap kesusahan tuh sebagai ujian dar-Nya maka janganlah korang berputus asa. Kuatkan iman dan sentiasa berdoa dan berdoa. Jangan la korang lupa,, Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. (chewaaah!)
  • Jika Hidup sentiasa dalam kesenangan,, maka bersyukurlah,, ucaplah "Alhamdulillah". Namun ingat,, Hidup nie macam roda,, apabila kite lalai nanti tersadung batu jatuh longkang,, so paham-paham la korang ekk, ;)
  • Kalau boleh korang hafal lah Ayat Seribu Dinar nie,, InsyaAllah dengan berkat dari-Nya,, murahlah rezeki. Amin. ;)
xoxo ;p




No comments:

Post a Comment