Salam Barakallah.
- Okeh,, post kali nie aku nak cite pasal diet,,okeyh? so aku taknak panjang lebar,, korang bacalah semua yang ak pinjam dr fesbuk Jom Lansing Dan Jelita. okwyhh,! chill and enjoy it,! ;)
Diet Untuk Golongan Darah O
---------------------------------------
Diet Untuk Golongan Darah AB
-------------------------------------------
Diet Untuk Golongan Darah A
--------------------------------------
Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------
---------------------------------------
- Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
- Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
- Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
- Ciri khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
- Menu diet yang dianjurkan:
- Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
- Snek : Teh herba
- Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
- Snek : Sepotong kuih
- Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah AB
-------------------------------------------
- Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
- Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
- Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
- Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
- Ciri khas individu jenis darah AB:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
- Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
- Menu diet yang dianjurkan:
- Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
- Snek : Yogurt
- Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
- Snek: Kek keju dan teh herba
- Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah A
--------------------------------------
- Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
- Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
- Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
- Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
- Ciri khas individu jenis darah A:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
- Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup beristirehat
- Menu diet yang dianjurkan:
- Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
- Snek: Jus anggur / kopi
- Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
- Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
- Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------
- Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
- Ciri khas golongan darah B:
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
- Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
- Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
- Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
- Menu diet yang dianjurkan:
- Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
- Snek: Jus anggur
- Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
- Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
- Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
- So kakak-kakak dan makcik-makcik tak ketinggalan nenek-nenek yang nak diet tuh jomlah kiter try menu yang di-suggestkan nie. Tapi yang paling penting korang mestilah tahu jenis darah korang,, jangan main suke suki jer. And aku berdarah O, dan bagi aku ade benarnye pe tertulis tuh,, sal kalo aku tersalah makan,, kulit aku akan mengalami radang terutama kalo aku termakan apa-apa yang bersumberkan SOYA. waw,, tak kiralah tempe ke,tauhu ke,air soya ker, tau fu fa ke, even taucu pon akan sebabkan kulit aku meradang.(waw,,,!)
- So,, ini jela post tuk kali nie. soo,, bai bai and enjoyyyy,,! ;)
Xoxo ;)
No comments:
Post a Comment