Polycystic Ovary(PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau polycystic ovary.
Polycystic ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakitpuan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
I.Haid tidak teratur.
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
II.Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
.
III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan.
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.
IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
V.Apakah puncanya ?.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan ataugangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH tinggi, hormon estrongen tinggi, hormon progesterone rendah, hormon progesterone rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.
Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.
Ciri ovari dalam ultrasound.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan vaginal ultrasound ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar honeycomb appearance. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar polycystic ovary.
Rawatan
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.
Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.
Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
Ubat Metformine
Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit polycystic ovary akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus
*http://www.hamidarshat.com/masalah-obstetrik-aamp-gynekologi-informasi-80.html
- okay,, sejujurnya aku menghidap penyakit ini, smemangnya pelik,, aku mula perasan yang tubuh ak nie xsihat sejak ak mula aktif menderma darah. okay,, sebenarnya xberkaitan pon, namun sejak kali ke-2 ak derma darah, kitaran haid ak makin tak betul, dari tiap2 bulan hinggalah 2-3 bulan sekali. okay, mula-mula ingat kitaran mungkin tak betul lagi, biasela umo baru 19 tahun, then ak mula perasan yang badan ak mula naik secara mendadak, emosi makin celaru,, aku anggap diri aku stress memandangkan aku mengalami sedikit masalah peribadi, namun kitaran haid ak semakin tak betol, berat badan semakin naik malah aku tak dapat menahan emosi untuk makan.. weird ryte? okay, then, the shock-est thing is bila haid ak keluar lebih dari 15,, non stop for almost 30 days, wow, gila kan? tapi the weird one is, ia tidak keluar dengan banyak, kadang2 dengan pakai pantyliner pon bole, bile ak tny kat ustad2 thru online, (yela, tny ustad sbb darah haid lebih dari 15 hari kan darah istihadhah) ustaz reply yg its normal, byk gil pnh jd mcm 2, dye suggestkan aku pergi jumpe doc asap, okay,, aku mmg takut nak jumpe doc, even though Ahmad Hakimi paksa bnyak kali pon aku tak pegi, then,, one day aku cerita the total story about what happen kat kakak aku, then kakak ak asap bawak aku pegi doc sakit puan. owww,, aku mmg takot sbb aku risaw kalau-kalau ade kanser ke kan,, who nows,, then,, after buat ultrasound semua,, doc sahkan ak ade masalah hormon, my ovary size is larger than normal size, so,, aku terpaksa makan ubat perancang sampailah aku sihat.
- owww,, jgn sadis yer, aku mmg sakit, fine, MMG SAKIT! lagi-lagi masa period after 1st time makan pils, owww,, its killing me, aku dah macam orang bersalin keluar darah nifas beb, its scary, sumpah,, aku tak tipu,, memang sakit!
- aku kene amik ubat nie sampailah doc sahkan aku sihat. God, aku memang tak kuat untuk hadapi penyakit nie, aku tak boleh lawan nafsu makan, huu,, walaupon ade yang support dari belakang tapi aku still lemah dibelakang. T_T
xoxo