Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 29, 2011

Salam Barakallah.
  • hi,,sape kate Pele pemain paling banyak menjaringkan gol? hahaha,, okay,, aku dapat taw hal nie pon dari History Channel, okay,, aku ngakulah channel 2 favorite a, pasal pa? pasal semua info kat dalam channel tuh, maksud ak dari channel astro 555 sampailah channel 550 adalah channel favorite aku selain channel 701 sampai channel 713. okay,, dah dah merepek,,aku nak cita pasai hero ataw lebih kenal ngan gelaran King of Football nie.
  • okay,, sebenarnya gelaran King Of Football ini adalah gelaran yang diberi kepada Arthur Friedenreich , okay,, dia nie dilahirkan pada 18 July 1892 di Sao Paulo. Beliau adalah pemain bolasepak berkulit hitam pertama yang berjaya memecahkan pementasan bolasepak Brazil yang berkulit putih. Okay, dari sejarah bolasepak pon kita dah taw yang orang Inggeris yang memperkenalkan permainan bolasepak yang menjadi kegilaan orang ramai, okay,, bukan orang ramai la, ak rasa makhluk yang bernama manusia kat mukabumi nie.
  • Berbalik pada kisah Arthur si King Bolasepak, beliau adalah pemain berkulit hitam yang pertama yang mendapat gelaran 'The Tiger' dan 'Superstar'. Sedikit bibliografi berkenaan dengan Arthur untuk tatapan kita bersama,
Biografi : Arthur Friedenreich merupakan anak kepada seorang usahawan daripada Jerman yang berhijrah ke Brazil dan ibunya adalah seorang pencuci yang berketurunan Afrika berhijrah ke Brazil setelah dibebaskan. Patut nama pun macam nama Jerman. Friedenreich juga adalah pemain profesional berkulit hitam pertama di Brazil kerana pada waktu itu isu warna kulit telah menguasai seluruh benua Amerika malah bolasepak juga adalah untuk warga kulit putih sahaja. Banyak halangan terpaksa di lalui akibat daripada isu warna kulit dan perkauman.
Mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pemain sebuah kelab Brazil, SC Germania, yang disertai oleh penghijrah-penghijrah daripada Jerman, Arthur memulakan karier bolasepaknya bersama kelab Sao Paolo dalam era 1910-an. Pada 1914, Arthur beraksi buat kali pertama untuk skuad kebangsaan Brazil pada kejohanan Copa America pada tahun 1919 dan juga edisi 1922 serta telah menjaringkan 10 gol. Ketika siri Jelajah Eropah pasukan Brazil pada 1925, Arthur telah dikenali sebagai King of Football. Arthur juga telah berjaya meraih rekod jaringan terbanyak tetapi FIFA tidak dapat mengesahkan fakta ini kerana masalah pengesahan rekod. Disebabkan perselisihan di antara Persatuan Bolasepak Rio de Janeiro dan Sao Paulo, Arthur terlepas aksi Piala Dunia edisi 1930 di Uruguay. Hanya pemain yang bermain untuk Persatuan Bolasepak Rio de Jeneiro sahaja yang dapat mewakili Brazil pada ketika itu.
Kehebatan Arthur dalam liga domestik tidak dapat dinafikan lagi, menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak 9 kali. Pencapaian terbaik domestiknya adalah ketika mewakili kelab Athletico Paulistano dalam Liga Paulista dengan 33 jaringan. Friedenreich bersara daripada arena bolasepak ketika mewakili Flamengo pada 1935 semasa berumur 43 tahun. Meninggal dunia pada 6 September 1969, Arthur Friedenreich telah bermain lebih daripada 1200 perlawanan antarabangsa dan domestik serta di katakan telah menjaringkan lebih daripada 1200 gol. Namun terdapat laporan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1329 gol dalam 1239 perlawanan tetapi disangkal oleh peminat-peminat Pele mengatakan bahawa jumlah sebenarnya adalah 1239 gol dalam 1329 perlawanan. Tiada rekod sahih untuk jumlah sebenar berapa gol yang Arthur jaringkan. Oleh itu, berapakah pemain yang kita ketahui telah menjaringkan lebih daripada 1000 gol sepanjang karier mereka? Sebab itulah Arthur Friedenreich merupakan pemain bolasepak pertama digelar KING OF FOOTBALL.

  • haaa,, apa pendapat korang tentang dya nie? so sekarang aku pon dah taw, korang pon dah taw, jadi selain dari pele, ada yang lg teror dan terbaik dari dya,, iaitu Arthur Friedenreich.

xoxo ;)




No comments:

Post a Comment