Salam Barakallah.
- Tengok tajuk entry macam gempak gile kan? hahaha,, okay,, memang gempak la siket bagi aku yang tak taw adidas and puma nie adik beradik darah,, huahuahua,
- okay,, info nie ak ter-terjah masa dok baca info tentang Arthur, okay,, aku malas nak cite pasal Arthur, kalo rajin sila check balik entry yg lepas tentang Arthur ini okay. Okay,, cik kinah memang suke sangat bubbling kan? so jum kiter terjah! ;)
Adidas, adalah jenama yang tidak asing lagi dengan kita. Dari topi sampailah ke kasut, bleh la di katakan Adidas tergolong antara 3 pilihan utama pembeli. Begitu juga dengan satu lagi jenama,Puma. Tetapi pernah ke kita terdengar atau tahu akan asal usul produk barangan sukan ini? Malah jika dilihatkan dari fakta sejarah,Adidas dan Puma juga adalah adik beradik.Adolf "Adi" Dassler dilahirkan pada 3 November 1900 di bahagian Herzogenaurach, Bavaria, Jerman adalah individu yang bertanggungjawab mencipta jenama Adidas. Dilatih sebagai seorang penjahit kasut, Adolf Dassler memulakan usaha untuk mengeluarkan kasut sukan buatan sendiri selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Pada waktu itu percaya atau tidak dapur ibunya adalah tempat untuk dia membuat kasut. Mewarisi bakat daripada bapanya, Christoph, seorang pembuat kasut di sebuah kilang kasut serta di bantu oleh adik beradik Zehlin, pencipta kasut spike buatan tangan, Dassler telah memulakan penubuhan perniagaannya sendiri.Pada 1924, abang Adolf, Rudolf telah menyertai perniagaannya yang kemudian dikenali sebagaiKilang Kasut Adik Beradik Dassler (Dassler Brothers Shoe Factory). Di Sukan Olimpik 1928, Dassler telah menjadi pembekal kepada beberapa atlit dalam usaha untuk membesarkan perniagaannya di peringkat antarabangsa. Pada Sukan Olimpik 1936 di Berlin, Dessler telah membekalkan kasut untuk atlit trek Amerika Syarikat,Jesse Owen yang seterusnya telah memenangi 4 pingat emas.Dengan kebangkitan Hitler pada era tahun 1930-an, kedua-dua adik beradik Dessler telah menyertai Parti Nazi. Fahaman Politik dan Perang Dunia Kedua, telah menyebabkan perbezaan pendapat kepada kedua-dua beradik ini. Rudolf telah di tangkap akibat fahaman Nazi serta penglibatannya di dalam kumpulan SS dalam Parti Nazi. Dipercayai Adolf adalah dalang utama penangkapan itu. Menjelang tahun 1948, persengketaan antara 2 beradik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila Rudolf telah meninggalkan perniagaan kasut bersama Adolf dan menubuhkan perniagaan kasut baru di bawah jenama Puma manakala Adolf telah menamakan perniagaan kasutnya di bawah jenama Adidas sempena namanya sendiri (Adi-Dassler). Bagaimana si abang menemui jenama Puma tidak diketahui tetapi di percayai Puma pada asalnya dikenali sebagai Puda hasil gabungan antara RU-dolf DA-ssler.Dikatakan pada temasya Piala Dunia 1954, di Switzerland Jerman pada ketika itu dikenali Jerman Barat telah memenangi perlawanan akhir dengan Hungary 3-2 hasil daripada kasut spike (stut besi) buatan Adolf Dassler yang ketika itu kali pertama diperkenalkan kepada dunia bolasepak.Di Malaysia mungkin Adidas lebih menonjol berbanding Puma tapi hakikatnya dari segi populariti secara globalnya bolehlah dikatakan "photo-finishing".Pada 1973, anak Adolf, Horst Dassler merupakan pengasas Arena, jenama sukan dan alatan renang. Adolf "Adi" Dassler meninggal dunia pada 1978 dan perniagaannya diteruskan oleh isterinya, Käthe sehingga di jadikan Syarikat Sdn Bhd (hehehehe) pada 1989
- haaaaa,,, aku memang pemalas, so aku copy jer dari web yg aku jumpe info nie,, btw link aku ade add sbgai info dimana aku copy,, tapi aku still ingat pada info mana aku copy, (merepek ape nie?)
- so? macam excited je kan ble taw, lagi excited bile Datok Hakimi pon tak taw hal ini, wahhh,, kembang kempis dadaku (eh silap!) kembang kempis lubang hidong aku cite kat Dato',, hahahahaha.
Xoxo ^_^
No comments:
Post a Comment