Link Exchange disini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 20, 2011

UPMKB vs Sime Darby Academy

Salam Barakallahh.
  • tajuk aku harinie tak berkaitan pon ngan diri aku ini kerana ak bukanlah seorang pelajar UPM kampus bintulu,, tapi aku adelah pelajar Kolej Risda kampus Melaka. oke,, xde kaitan pon dengan KRISM tu,, saje wat gempak starz kat sini. oke,, kes nie berkaitan Encik Ahmad Hakimi yang sedang pening fikir nak duk teruskan study kat UPMKB ataw lompat ke Academy Sime Darby tuh.
  • Ahmad Hakimi beruntung dapat UPMKB tu,, aku memang dengki+jelous tahap dewa la dengan dye, ish,, impian aku tuh nak sambung kat sana,, tapi nak wat mcmane,, KRISM tetap dihati. Y^_^Y (yeayy!)
  • okay, enough with bubbling.. serious okay. (now syakinah wat muke serious gile)
  • pada pendapat aku,, baiklah encik hakimi teruskan study kat upm tuh,, bukan pa,, tak rugi ke syg dah dapat tempat stdy best2 pastu tukar kat academy 2? ade kebaikannya encik pi kat academy tu,,
    1st: encik xpayah nak pikir pasal ptptn sbb orang besaq sime darby tu bagi duet biasiswa.
    2nd: encik xpayah pikir pasal kerja sbb orang besaq sime darby tuh xbagi offer kerja pon kat ncik.
    3rd: encik boleh sambung degree dengan bahagianya sebab sime darby tak ikat kontrak kerja dengan encik.
    4th: encik boleh tengok arsenal datang malaysia nanti.
    5th: encik boleh balik tiap-tiap kali cuti panjang.
    6th: encik boleh fokus pada saya yang dok kat melaka tu je.
    7th: encik boleh ber-shopping(itu saya) dengan fulus mania itu.
    8th: encik tak perlu rush-rush beli tiket flight awal 6 bulan untuk balik kg ja.
    9th: encik boleh belajaq bahasa inggeris(menurut encik la, puan tak taw) dengan lebih berwibawa.
    10th: encik boleh mendapat pengalaman hidup kat ladang. (menurut encik jugak,, puan masih keliru)
  • Puan boleh bg 10 sebab ja,, yang lain encik fikir sendiri ye. :)
  • tapi dalam baik-baik,, mesti ada yang buruk kan? ok,, bukan buruk la,, tapi kekurangan la,, ntah,, aku pon jadik mcm blur nak buat ayat,, hahaha. ok,,, sat ak listkan 'buruk' plak,, ;)
1st: encik akan rugi tidak habiskan diploma sebagai student UPMKB ok,, bukan upm sbb encik masih under upm,, cuma encik menumpang kat pulau carry tu ;)
2nd: encik yakinkah para-para lecture encik kat academy itu seperti lecture encik di UPMKB? menurut kakak puan la, para lecture yang hanya mempunyai degree tidak layak mengajar pelajar diploma malah pelajar degree,, sekiranya lecture-lecture masih degree,, maka sesebuah institusi pengajian itu tak boleh diiktiraf sebagai universiti. contoh KRISM tu jer...
3th: encik nak kerja kat ladang ka nanti?
4th: encik dah xboleh nak rasa happy tengok tiket flight bintulu-lcct RM10 hengget ja.
5th: encik dah xboleh nak fly in the air like a bird dah.
6th: encik dah xboleh jumpa lectre yang sayang kat abang misai.
  • okay,, tapi,, keputusan semua atas tangan encik Hakimi. saya sebagai setiausaha hanya mampu memberi nasihat dan kata-kata semagat, setiap keputusan yang encik buat,, jika encik yakin, maka aku dengan otomatik pon akan setuju dengan keputusan itu.
  • encik fikir la baik-baik ya,, buat istikharah,, semoga encik mendapat jawapannya. Amin.

CARA SOLAT ISTIKHARAH

Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud dikahir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.

Cara yang laing afdhal atau terbaik untuk melakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-

1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)

2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.

4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.

5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin

6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.

Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:

Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilahdaripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi untuk mengelakkan gangguan dari syaitan.

Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas solat istikharah tidak akan timbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah. Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah sama sekali tidak akan menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya…berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan sebagainya..Semoga berjaya. Amiin.


xoxo ;)



No comments:

Post a Comment